Sunday, June 27, 2010

Waspada Dengan Pencuri Sekitar Taman

Assalamualaikum...

Dato'/Datin/Tuan/Puan

Sukacita dimaklumkan bahawa baru-baru ini telah berlaku kecurian di luar rumah En. Din( No 24 Jln Bakti 1/ku4) yang mana kedua-dua basikal anaknya telah hilang yang diletakkan dibelakang rumah & disedari pada hari sabtu- 26/6/10 sewaktu anak2 beliau memaklumkan ketiadaan basikal tersebut.

Diharap dengan kes-kes kecurian sebelum2 ini....mari lah kita sama-sama memantau persekitaran perumahan kita. Sila maklumkan kepada Ajk PPJBTD sekiranya ada yang mencurigakan sekitar taman kita.

Tangkapan Awam
Orang awam boleh membuat tangkapan jika berlaku kejadian jenayah di kawasan anda dan di nasihatkan supaya tangkapan dibuat secara berkumpulan dan tidak boleh melampaui batas seperti mencederakan atau menyebabkan kematian penjenayah. Selepas tangkapan hubungi balai polis berdekatan atau talian hotline.

Sekian, Terima Kasih.


Mohd Zaidi Bin Mat Deris
Biro Sebaran AM & IT

No comments:

Post a Comment