Friday, June 11, 2010

Badan Khairat Kematian Masjid Jamuil Hasaniah, Bt 3 ,Jln Kapr ,42100 Klang ,Selangor


Badan Khairat Kematian

Tujuan
Ditubuhkan bg tujuan membantu meringankan urusan pengurusan mayat bagi ahli/tanggungan yang ditimpa musibah kematian.

Keahlian
Terbuka kepada penduduk Islam Kariah Masjid Jamiul Hasaniah,Kg.Batu 3, Jln Kapar.

Yuran
RM 3.00 satu bulan dan RM 10.00 utk pendaftaran. ( Ahli-ahli diminta membayar terus RM 36.00 utk memudahkan pengurusan kutipan yuran )

Bantuan
Bantuan hanya diberikan apabila berlaku kematian dengan kadar segera
Ahli ( Suami /Isteri ) - RM 500.00
Tanggungan( Ibu/bapa/Mertua/ anak bawah 18 tahun - RM 400.00

Pengurusan Jenazah
Badan akan mengusahakan bantuan perkhidmatan pengurusan jenazah dengan bayaran RM 350.00. Bayaran akan ditolak daripada wang bantuan yang diberikan kepada ahli/waris.

Perkhidmatan Van Jenazah
Badan akan menyediakan perkhidmatan van jenazah dengan kadar sewa yang ditetapkan mengikut jarak/kawasan/tempat di mana jenazah hendak dihantar. Perkhidmatan terbuka kepada semua.

Kaedah Pemakluman Kematian
Bila berlaku kematian, ahli/waris hendaklah memaklumkan perkara tersebut dengan segera kepada wakil kawasan atau Pengerusi/ Setiausaha. Arahan atau nasihat yang diberikan hendaklah dipatuhi.

Ahli Jawatankuasa
Pengerusi : Tn. Hj. Lias Bin Hj.Tasman ( 012-3197194 )
Setiausaha : En. Abdul Malek Bin Salleh ( 019-3947654 )
AJK :
1) Tn. Hj. Hassan Bin Dahlan ( Kawasan Tengah)
2) Tn. Hj. Jamri Bin Ali ( Lorong Haji Salam )
3) En. Mohd Amid Bin Hj. Basiran ( Jalan Bakti )
4) En. Shamsuddin Bin Long Ali ( Jln Kereta Lama )
5) En. Mustiar Bin Idris ( Lorong Balai Raya) & ( Jalan Hj.Sirat )
6) Pn. Saamah Bt. Saad ( Lrg Datuk Rahman )


* Bagi kebaikan bersama dan memastikan kesempurnaan pengurusan jenazah, semua penduduk Islam di Kariah Masjid Jamiul Hasaniah adalah disyorkan menjadi Ahli Badan Khairat ini. Bersama-samalah kita bekerjasama meringankan beban tangungan ahli/waris dan meningkatkan ukhuwah di kalangan kita.

Badan ini tidak mengenepikan hak bukan ahli, sebaliknya akan terus memenuhi tuntutan fardhu kifayah berkaitan pengurusan jenazah.



sekian, terima kasih.


Mohd Zaidi Bin Mat Deris
Setiausaha & Ketua Biro Sebaran AM & IT

No comments:

Post a Comment