Monday, November 1, 2010

Rahsia Bulan & Kelahiran - NOV/2010

NOVEMBER

* Banyak idea dalam perkara.
* Sukar untuk dimengertikan atau difahami sikapnya.
* Berfikiran kehadapan.* Berfikiran unik dan bijak.
* Penuh dengan idea-idea baru yang luarbiasa.
* Pemikiran yang tajam.
* Daya firasat yang sangat halus dan tinggi.
* Sesuai jadi seorang doktor.
* Cermat dan teliti.
* Personaliti yang dinamik.
* Sifat yang berahsia, pandai mencungkil dan mencari rahsia.
* Banyak berfikir, kurang bercakap tetapi mesra.
* Berani, pemurah setia dan banyak kesabaran.
* Terlalu degil dan keras hati.
* Apabila berkehendak sesuatu, akan diusahakan sehingga berjaya.
* Tak suka marah kecuali digugat.
* Mudah ambil berat terhadap orang lain.
* Pandai muhasabah diri.
* Cara berfikir yang lain dari orang lain.
* Otak yang sangat tajam.
* Pandai mendorong diri sendiri.
* Tidak hargai pujian.
* Kekuatan semangat dan daya juang yang sangat tinggi apabila berkehendak sesuatu.
* Cuba sampai berjaya.
* Badan yang sasa.
* Kasih sayang dan emosi yang sangat mendalam dan romantik.
* Tidak pasti dengan hubungan kasih sayang
.* Suka duduk d irumah.
* Sangat rajin dan berkemampuan tinggi.
* Amanah, jujur, setia dan pandai berahsia.
* Tidak berapa berjaya dalam mengawal emosi.
* Bercita-cita tinggi.
* Perangai tidak dapat diramal dan mudah berubah-ubah

Rahsia Bulan dan KelahiranBerikut disenaraikan ....kajian mengenai bulan dan sikap anda, yang telah dijalankan olehYang Berbahagia Dato' Dr. Fadzilah Kamsah

Thursday, October 7, 2010

Pemberitahuan Pelantikan Sementara AJK & BIRO PPJBTD sesi 2010/2011

Ruj Kami : PPJBTD/SU/AJK/2010 ( 2 )
Tarikh : 07 OCT 2010


Assalamualaikum & Salam Sejahtera

Kepada :

1) AJK PPJBTD
2) Biro PPJBTD
3) Ahli/Penduduk Taman Dagang

Tuan/Puan,

PER : SURAT PEMBERITAHUAN PELANTIKAN SEMENTARA AJK & BIRO PPJBTD YANG TERBARU BAGI SESI 2010/2011

Merujuk kepada perbincangan antara Tn.Pengerusi dengan beberapa orang AJK dan wakil Ahli/Penduduk PPJBTD pada tarikh 6 Oct 2010@9.00-11.00mlm telah memutuskan agar surat pemberitahuan ini dibuat untuk maklumkan/memberitahu ahli/penduduk mengenai pelantikan semua AJK & BIRO PPJBTD.

2. Dilampirkan juga senarai terbaru AJK PPJBTD dan semua Biro yang telah dilantik bagi sesi 2010/2011. Justeru itu, Mesyuarat Agong Pertama akan dibuat pada tahun hadapan untuk melantik AJK dan Biro yang baru bagi sesi 2011/2013.

3. Sehubungan itu, Pihak Pengurusan berharap semua ahli/penduduk dapat memberi sokongan dan kerjasama kepada semua AJK & BIRO PPJBTD untuk kebaikan semua pihak.


Sekian, terima kasih.




Yang menjalankan tugas,


…………………………..
( Mohd Zaidi B. Mat Deris )
Setiausaha PPJBTD


Sk

Mohamad Arsad Bin Mat Yusof - Pengerusi PPJBTD
Fail PPJBTD



AHLI JAWATANKUASA PPJBTD SESI 2010/2011

A )PENGERUSI
1) En.Mohamad Arsad Mat Yusof – No.8 Jln Bakti 1/ 012-2978781

B )TIMBALAN PENGERUSI
1) En.Amirsham Bin Md Sha’ban – No.1 Jln Bakti 2/ 016-6254934

C) SETIAUSAHA
1) En.Mohd Zaidi Bin Mat Deris – No.22 Jln Bakti 1/ 013-3904496

D) BENDAHARI
1) En.Ady Harry Adha Bin Abd.Wahab – No.18 Jln Bakti 1/ 012-2581187

E) PEMERIKSA KIRA-KIRA
1) Pn.Noor Asma Hanizah Binti Abdul Rani – No.21 Jln Bakti 2/ 012-2798144
2) Pn.Siti Nooraini Binti Ismail – No.22 Jln Bakti 1/ 012-3125651


F) AJK
1) En.Ahmad Mustaqim Bin Ibrahim – No.10 Jln Bakti 1/ 016-2178374
2) En.Mohd Asri Bin Latif – No.12 Jln Bakti 1/ 010-2758776
3) En.Raziz Bin Suhali – No.28 Jln Bakti 2/ 016-3570256
4) En.M.Amzani Bin Hamdan – No.11 Jln Bakti 1/ 013-2274530
5) En.Rosni Bin Chuki@ Marzuki – No.13 Jln Bakti 1/ 012-6364957
6) En.Ariffin Bin Ismail – No.23 Jln Bakti 2/ 019-2042443
7) En.Wazir Bin Ismail – No.5 Jln Bakti 1/ 019-3035101


BIRO PPJBTD SESI 2010/2011

A) Pengerusi
1) En.Mohamad Arsad Mat Yusof

B) Biro Sebaran AM & IT
1) En.Mohd Zaidi Bin Mat Deris ( Ketua )

Fungsi : Menguruskan ruangan berita dan sebarang aktiviti sebaran am –buletin,laman web dan sebagainya.


C) Biro Ekonomi & Pembangunan
1) En.Amirsham Bin Md Sha’ban( Ketua)
2) En.Ady Harry Adha Bin Abd. Wahab ( Pen. Ketua)

Fungsi : Menjalankan aktiviti berbentuk ekonomi yang boleh menjana pendapatan
Persatuan.


D) Biro Kebajikan & Agama
1) En.Ahmad Mustaqim Bin Ibrahim ( Ketua)
2) En.Mohd Asri Bin Latif ( Pen. Ketua)

Ahli
1) En.Md Ali Bin Md Kudus
2) En. Mohd Raddinata Bin Ismail
3) En.Mohd Norazali Bin Jamil

Fungsi : Menjalankan aktiviti kebajikan dan keagamaan bagi penduduk


E) Biro Keselamatan
1)En. Raziz Bin Suhali( Ketua )
2)En.M.Amzani Hamdan( Pen.Ketua )

Ahli
1) En.Mohd Khairi Bin Khairullah
2) En.Omar Bin Othman
3) En.Mazlan Bin Sarwono

Fungsi :Menjalankan aktiviti untuk keselamatan dan kesejahteraan penduduk.


F) Biro Sukan & Rekreasi
1) En.Rosni Bin Chaki@ Marzuki( Ketua )
2) En.Ariffin Bin Ismail ( Pen.Ketua)

Ahli
1) En.Azrulnizam Bin Abd Aziz
2) En.Airul Nizam Bin Mohd Rahim

Fungsi : Menjalankan aktiviti sukan, riadah dan kebudayaan.


G) Biro Kemasyarakatan & Hal Ehwal Wanita
1) En .Wazir Bin Ismail( Ketua )
2) Pn.Ustazah Noor Rafidah Binti Abu Bakar ( Pen.Ketua)

Ahli
1) Pn. Samrah Bt Mohamed Zin
2) Pn.Aidah Bt Idris

Fungsi : Menjalankan aktiviti kemasyarakatan bagi merapatkan lagi hubungan antara penduduk & aktiviti kuam wanita.


* Utk makluman surat Pemberitahuan Pelantikan Sementara AJK & BIRO sesi 2010/2011 akan diedarkan pada hari ini( 7/10/10),harap maklum.
tq



Setiausaha
Thursday, 7 October 2010 8:47:04

Wednesday, October 6, 2010

Pelantikan Pemeriksa Kira-Kira PPJBTD 2010/2011-Update

Pelantikan Juruaudit Dalaman PPJBTD

Assalamulaikum...

Dato'/Datin/Tuan/Puan

Untuk makluman bahawa pihak Pengurusan telah memutuskan utk melantik Pemeriksa Kira-kira PPJBTD yang baru bagi mengantikan Pemeriksa Kira-kira sebelum ini telah meletakan Jawatan dan berkuat kuasa serta merta bagi sesi 2010/2011 sehingga Mesyuarat Agong Pertama diadakan bagi pelantikan baru,harap maklum

1) Pn Noor Asma Hanizah Binti Abdul Rani
No 21 Jln Bakti 2 /KU4
*Pihak Pengurusan berharap dengan pelantikan ini ia menjadi pelengkap PPJBTD utk mengaudit Kira- kira Persatuan yang disediakan oleh Bendahari khususnya.


FASAL 12 PEMERIKSA KIRA-KIRA
Pemeriksa Kira-Kira adalah dikehendaki memeriksa kira-kira Persatuan bagi tiap-tiap tahun dan membuat laporan atau pengesahan untuk Mesyuarat Agung Tahunan. Mereka juga dikehendaki pada bila-bila masa oleh Pengerusi mengaudit kira-kira Persatuan bagi mana-mana masa di dalam tempoh perkhidmatan mereka dan membuat laporan kepada Jawatankuasa.


Sekian, terima kasih.


Setiausaha PPJBTD

Monday, October 4, 2010

Meriah dProgram Majlis Jamuan Hari Raya PPJBTD 2010

Salam...

Dato'/Datin/Tuan/Puan

Syukur Alhamdulillah...Majlis Jamuan Hari Raya PPJBTD 2010 telah berjalan lancar seperti semua ingini dengan kehadiran VIP kita iaitu :

1) Tn.Hj Mohd Darin Hj Samijo - Ketua Kg/Pengerusi JKKK Kg.Bt.3
2) Tn. Hj Salehudin B. Hj Ruskam – Setiausaha JKKK & Masjid Kg. Bt.3
3) Tn. Hj Mohd Lias B. Hj Tasman – Pengerusi Surau Hj Maa’som/Imam Masjid Kg.Bt.3
4) En. Rosman B. Omar – Imam Surau Hj Maa’asom
5) AJK JKKK/Masjid/Surau- 6 org Wakil Lelaki
6) AJK JKKK - 2 Org Wakil Wanita

Pihak Pengurusan PPJBTD ingin mengucapkan ribuan terima kasih kpd semua yang telah terlibat dalam Majlis Jamuan Hari Raya PPJBTD 2010 yang telah bekerja keras dari pagi hinggalah penamat majlis sekitar pukul 11mlm.

Disini saya sertakan gambar-gambar akitviti & Majlis Jamuan Hari Raya PPJBTD...mana yang sempat saya ambil...



































Sekian,terima kasih
Mohd Zaidi Bin Mat Deris
Biro Sebaran AM & IT


Saturday, October 2, 2010

Suasana di Majlis Jamuan Hari Raya Kg.Batu 3, Jln Kapar

Salam...

Dato'/Datin/Tuan/Puan

Maaf, saya lambat Upload gambar-gambar semasa Majlis Jamuan Hari Kg.Bt.3 yang diadakan pada 26 Sept. 2010 bertempat di SRA Nurul Ehsan, Jln Shahpadu, Batu 3, Jln Kapar, Klang.

Utk makluman bahawa Tmn Dagang telah diberi tugasan utk mengurus & menyediakan Buah-buahan pada Majlis tersebut. Disamping itu juga, AJK Pelaksana telah memenangi beberapa hadiah & salah satunya hadiah UTAMA iaitu basikal berharga > RM500 dimenangi oleh En Rosni( Kecik ) & En Amzani pulak mendapat sejambat bunga....selain itu juga, En Ali dari AJK Surau mendapat hamper....

Jom sama- sama kita tgk suasana pada Majlis Jamuan tersebut yang sempat saya rakam...





































































































Antara hadiah yang telah dimenangi oleh AJK Pelaksana pada majlis Jamuan Hari Raya Kg. Bt.3















Tragedi semasa hujan lebat...khemah utk majlis Jamuan Hari Raya Kg.Batu 3 beterbangan hingga ke atas bumbung Kantin SRA Nurul Ehsan...tiada kemalangan jiwa berlaku..Alhamdulillah semua selamat.
Sekian, terima kasih.
Mohd Zaidi B.Mat Deris
Biro Sebaran AM & IT

Monday, September 20, 2010

Majlis Hari Raya Aidilfitri PPJBTD- Oct 2010

Salam...

Dato/Datin/Tuan/Puan

Dimaklumkan Pihak Pengurusan akan menundakan Majlis Hari Raya Aidilfitri PPJBTD ke bulan October 2010 kerana menghadapi beberapa masalah yang tidak dapat dielakan dan tarikh baru akan diberitahu kelak.Justeru itu, Tarikh kutipan akan dilanjutkan sehingga 30 Sept 2010 dan mohon kerjasama Dato'/Datin/Tuan/Puan untuk menjelaskan kepada wakil Bendahari iaitu :

1) En.Mohamad Arsad Bin Mat Yusof - Jalan Bakti 1/Ku4
2) En.Yusran Bin Amat@Mahmod - Jalan Bakti 2/Ku4

Tarikh/Masa : *Akan diberitahu kelak
Tempat: Jln Bakti 2/KU4 ,Taman Dagang
Bayaran: RM30.00( Satu rumah seisi keluarga)
Tarikh Bayar : 13 Sept -30 Sept 2010


Sekian,terima kasih.


Mohd Zaidi Bin Mat Deris
Biro Sebaran AM & IT

Majlis Jamuan Hari Raya Aidilfitri Kg Bt 3/Sept/2010

Assalamualaikum....

Dato'/Datin/Tuan/Puan

Dimaklumkan bahawa Tn.Pengerusi & Tn.Setiausaha telah dijemput menghadiri Mesyuarat Hari Raya Aidilfitri Kampung Batu 3 ( Bil:49/SU.JKKK.3/2010 ) bertarikh 8 Sept 2010 pada 19/9/10@9mlm- Bilik Mesyuarat Masjid Jamiul Hasaniah bagi membincangkan Agenda Majlis Jamuan Hari Raya Kampung Batu 3 yang akan diadakan pada:

Tarikh/Masa : 26/9/10 @2ptg-4.30ptg
Tempat : Perkarangan Sek.Ren.Agama Nurul Ehsan, Jln Goh Hock Huat( Dekat SHELL Jln Shahpadu ), Kg.Bt.3 ,Jln Kapar ,Klang


Tugas
1) Buah-buahan ( Tmn Dagang & Tmn Pinang Raja )
a) Pengerusi/Setiausaha & AJK Tmn Dagang
b) Pengerusi/Setiauasah & AJK Tmn Pinang Raja
2) Anggaran Kos = RM300 ( JKKK Kg. Bt 3)


Sekian,terima kasih.



Mohd Zaidi Bin Mat Deris
Biro Sebaran AM & IT

Wednesday, September 15, 2010

Profil Jawatankuasa PPJBTD 2010/2011

Salam...

Dato/Datin/Tuan/Puan

Dimaklumkan bahawa Profil Jawatankuasa PPJBTD Sesi 2010/2011 telah siap sepenuhnya untuk rujukan semua ahli.

* Sila lihat di Muat Turun.


Sekian, terima kasih.



Mohd Zaidi Bin Mat Deris
Biro Sebaran AM & IT

Friday, September 10, 2010

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI @PPJBTD SEPT 2010

Salam....

Dato'/Datin/Tuan/Puan

Dikesempatan ini, Saya mewakili Pengurusan PPJBTD ingin mengucupkan " SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI..MAAF ZAHIR & BATIN" sepanjang mengurus PPJBTD.


* Terlanjur kata terkasar bahasa...kami pohon Maaf & semoga Hari Raya ini kita mendapat keredhaan Allah dalam menjalani kegembiraan menyambut Syawal yang mulia ini dan dapat bersua kembali selepas Hari Raya ini.

Ikhlas dari kami :
Tn Pengerusi( En.Arsad ) ,Tn Timb.Pengerusi( En.Amir), Tn Setiausaha ( En.Zaidi), Tn Bendahari ( En Edy), Pemeriksa Kira2 ( Pn Siti Nooraini ), AJK ( En.Arifin, En.Asri, En.Amzani, En.Rosni,En.Mustaqim, En.Raziz, En Wazir )

Sekian.terima kasih.

Mohd Zaidi Bin Mat Deris

Tuesday, August 31, 2010

Penerima Sumbangan Kebajikan PPJBTD 2010

Salam...


Dato'/Datin/Tuan/Puan


Untuk makluman,disertakan nama-nama Penerima Sumbangan Kebajikan PPJBTB 2010 yang layak dari bulan April hingga August 2010.( Sila sebarkan kpd Ahli yang tiada email )


Sebarang masalah dan tuntutan Sumbangan Kebajikan PPJBTD,sila berurusan terus dengan ;

1) Tn Pengerusi_ En Arsad ( 012-2978781 )

2) Tn Bendahari _ En Edy ( 012-2581187 )


Pihak Pengurusan PPJBTD berharap dengan sedikit pemberian sumbangan kepada Ahli dapat sedikit sebanyak mengurangkan bebanan justeru itu sama-samalah kita menyumbang untuk kesejahteraan Penduduk Taman Dagang khususnya.Amin
Sekian,terima kasih.
Mohd Zaidi Bin Mat Deris
Setiausaha PPJBTD

Sunday, August 22, 2010

Carta Organisasi PPJBTD 2010/2011- Terkini



Sekian, terima kasih.



tt
Mohd Zaidi Bin Mat Deris
Biro Sebaran AM & IT

Saturday, August 21, 2010

Perletakan Jawatan Sebagai Pemeriksa Kira- Kira PPJBTD

Salam...

Dato'/Datin/Tuan/Puan




Dimaklumkan bahawa Pn Sharmila dengan Rasminya telah mengundurkan diri menjadi Pemeriksa Kira -Kira dan telah diterima sebulat suara oleh Jawatankuasa PPJBTD yang bermesyuarat pada 19/8/10@9.30mlm.

Dengan pengunduran Puan Sharmila adalah satu kehilangan besar bagi PPJBTD. Selamat maju jaya & PPJBTD mengucapkan ribuan terima kepada puan Sharmila kerana telah memberi sumbangan semasa berada dalam Organisasi.


Sekian,terima kasih.


tt
Mohd Zaidi Bin Mat Deris
Setiausaha PPJBTD

Friday, August 20, 2010

Sumbangan Kebajikan PPJBTD 2010 - Terkini

Salam...

Dato'/Datin/Tuan/Puan

Dimaklumkan bahawa pada 19/8/10@9.30mlm Mesyuarat Ajk telah diadakan bagi membincangkan Isu-isu kebajikan Ahli-ahli PPJBTD khususnya...Sedikit perubahan telah dibuat pada mesyuarat tersebut.Antaranya adalah :

1) Tarikh Kuatkuasa Pemberian Sumbangan Kebajikan adalah dari April 2010( tarikh mula pembayaran Yuran Bulanan PPJBTD )

2) Bencana /Musibah turut disenarai sbg kebajikan( Sumbangan sebanyak RM100 ) berkuatkuasa dari April 2010.* Sumbangan akan diberikan secepat mungkin kepada berkenaan.
3) Kenduri -Kendara( Majlis Perkhawinan )* Jumlah Sumbangan dikurang kepada RM200 memandangkan ia adalah Majlis keraian.

Lain-lain item seperti Kematian/Kelahiran/ Sakit Kritikal/Pendidikan tiada perubahan,harap maklum.


Sekian,terima kasih.



tt
Mohd Zaidi Bin Mat Deris
Setiausaha PPJBTD

Thursday, August 19, 2010

ROS dah lulus permohonan PPJBTD

Salam...

Dato'/Datin/Tuan/Puan

Dengan RASMI-nya Persatuan Penduduk Jalan Bakti, Taman Dagang ,Rantau Panjang ,Klang, Selangor telah sah berdaftar dengan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan ( ROS ) pada 29 June 2010.

No Pendaftarannya : 1615-10-Sel




Sekian,terima kasih


tt
Mohd Zaidi Bin Mat Deris
Setiausaha PPJBTD

Wednesday, August 11, 2010

JOM BERAMAL.......Pengumuman dari Masjid Jamiul Hasaniah & Surau Hj Ma'asom Kg Batu 3

Salam...

Dato'/Datin/Tuan/Puan...

Sempena bulan Ramadhan ini,Ahli Kariah & Penduduk Kawasan Masjid Jamiul Hasaniah & Surau Hj Ma'asom Kg Batu 3 disarankan turut serta aktiviti/program yang di anjurkan oleh Masjid & Surau Kg Batu 3...antaranya:

Surau Hj Ma'asom
1)Membawa Kuih utk moreh bulan Ramadhan 1431H/2010( Jadual GILIRAN telah disediakan & Ketua Zon Taman Dagang ialah En.Md Ali Bin Kudus.
2) Solat Terawikh
3) Tahlil Arwah( Selepas solat terawikh )
4) Tadarus Al-Quran
5) Majlis Khatam Al-Quran dll.

* Setiap Ahli Kariah disarankan menyumbang yuran ( Yuran Bulan Ramadhan) - Kelamin( RM10.00 ) & Bujang ( RM10.00)

Masjid Jamiul Hasaniah
Setiap Ahli Kariah & Penduduk Kawasan Masjid Jamiul Hasaniah telah diberikan satu Kalendar iaitu dipanggil PROGRAM IHYA' RAMADHAN 1431/2010 ( maklumat terperinci segala aktiviti & program yang dijalankan).

* Setiap Ahli Kariah & Penduduk adalah diharapkan utk membayar Yuran Tahunan Sebanyak RM20.00 setiap rumah ( Rumah Sendiri /Sewa) dan RM10.00 Remaja/Belia Lelaki & Perempuan Bekerja..

* Petugas utk kutipan yuran bagi Tmn Dagang Jln Bakti : En Mohd Zaidi Bin Mat Deris ( 013-3904496 )


JOM Ke Surau atau Masjid...........mengimarakan Surau & Masjid di sepanjang bulan Ramadhan AL- Mubarak.


Sekian, SELAMAT MEYAMBUT BULAN RAMADHAN & SELAMAT BERAMAL.


Mohd Zaidi Bin Mat Deris
Setiausaha PPJBTD

Tuesday, August 10, 2010

Menanti Kehadiran Ramadhan Tahun 1431H/2010

Sejarah Ramadhan
1) Ramadhan: Ertinya panas terik
2) Bulan di turunkan Al Quran dan disebut (syahru ramadhana)
3) Berlakunya Perang Badar Kubra dan mendapat kemenangan.
4) Bulan dimana Nabi s.a.w mengambil semula Mekah dari tangan Musyrikin dan berakhirnya penyembahan berhala.
5) Di dalamnya dipilih ada Malam Al-Qadar yakni lebih baik daripada 1000 bulan.
6) Di pilih untuk ibadat puasa.
7) Di pilih untuk lain2 ibadat (solat Tarawih, tadarus Al Quran dll)

Kelebihan Bulan Ramadhan
1) Kamu akan di naungi Ramadhan. (bagi yang telah meninggal dunia terlepas dari siksa kubur)2) Bulan penuh keberkatan
3) Di malamnya ada lebih baik daripada 1000 bulan
4) Amalan solat sunat menyamai dengan solat fardhu
5) Manakala solat fardhu mendapat 70 kali ganda
6) Bulan sabar dan pahalanya adalah syurga
7) Bulan menambah rezeki
8 ) Memberi berbuka banyak pahala
9) Bulan keampunan : – Doa yang paling makbul iaitu doa sebelum berbuka puasa. – juga doa pada sepertiga malam.

Amalan-amalan di bulan Ramadhan (Tidak dapat buat semua, jangan tinggal semua)
1) Mengucapkan Selamat Menyambut Bulan Ramadhan
2) Perasaan tidak sabar untuk menanti Ramadhan
3) Niat puasa sebulan pd permulaan Ramadhan
4) Hendak tidur bacalah 4 ayat terakhir Surah Al Kahfi supaya dapat bangun malam
5) Berazam melakukan Terawih
6) Bertadarus secara bersemak (bukan sendirian)
7) Solat berjemaah setiap waktu
8 ) Solat jemaah di masjid/surau
9) Amalkan Qiyamulail walaupun pendek
10) Sahur diwaktu akhir
11) Sahur – utk mengelakkan makanan tidak hadam elakkan makanan pedas dan tutup sahur dengan air susu
12) Mandi Janabat sebelum Imsak
13) Kurangkan tidur
14) Tunaikan Solat sunat fajar (Solat Sunat Subuh)
15) Tunaikan Solat Dhuha
16) Tidur waktu cuti (satu jam sebelum Zohor)
17) Tunaikan solat Rawatib
18) Jaga pacaindera
19) Elakkan gosok gigi selepas tergelincir matahari hingga berbuka
20) Hadiri majlis ilmu
21) Buat baik kepada ibubapa
22) Isteri hendaklah taat pada suami
23) Banyakkan bersedekah
24) Berbuka dengan 3 biji kurma
25) Berbuka bersama org tua
26) Jemput tetamu berbuka
27) Kurangkan berat badan
28) Banyakkan i’tikaf di masjid (lelaki sahaja)
29) Baiki hubungan suami isteri
30) Baiki hubungan jiran
31) Isteri jauhi drpd keluar memakai mekap & perhiasan
32) Elakkan berbelanja berlebihan
33) Kuatkan kesabaran
34) Banyakkan selawat,istighfar,bertasbih
35) Berazam beramal (pada malam Lailatul Qadar)
36) Mengejut anak dan isteri di malam Lailatul Qadar
37) Elakkan menonton TV dan melayari internet yang mengandungi nafsu
38) Elakkan mendengar radio berunsur hiburan hingga melalaikan
39) Berdoa dengan nada lembut dan merayu
40) Jauhkan bercumbu dengan suami/isteri di siang hari
41) Mendoakan ibu bapa samaada hidup atau yang meninggal dunia
42) Melazimkan solat awal waktu
43) Elakkan sebelum berbuka bersiar2 yg menjadikan pandangan liar
44) Elakkan banyak berhutang
45) Melepaskan perasaan sedih melepaskan Ramadhan ditakuti tidak bertemu lagi dengan Ramadhan akan datang
46) Mengeluarkan zakat fitrah
47) Solat Witir



Sekian,terima kasih


Mohd Zaidi Bin Mat Deris
Biro Sebaran AM & IT

Monday, August 9, 2010

Rahsia Bulan & Kelahiran - Aug/2010

OGOS

* Suka berlawak.
* Mudah tertawan padanya.
* Sopan santun dan mengambil berat terhadap orang lain.
* Berani dan tidak tahu takut.
* Orangnya agak tegas & bersikap kepimpinan.
* Pandai memujuk orang lain.
* Terlalu pemurah & bersikap ego.
* Nilai harga diri yang sangat tinggi.
* Dahagakan pujian.
* Semangat juang yang luar biasa.
* Cepat marah & mudah mengamuk.
* Mudah marah apabila cakapnya dilawan.
* Sangat cemburu.
* Daya pemerhatian yang tajam & teliti.
* Cepat berfikir.
* Fikiran yang berdikari.
* Suka memimpin & dipimpin.
* Sifat suka berangan.
* Berbakat dalam seni lukis, hiburan & silat.
* Sangat sensitif tapi tidak mudah merajuk.
* Cepat sembuh apabila ditimpa penyakit.
* Belajar untuk bertenang.
* Sikap kelam kabut.
* Romantik, pengasih dan penyayang.
* Suka mencari kawan

Kajian mengenai bulan dan sikap anda, yang telah dijalankan oleh Yang Berbahagia Dato' Dr. Fadzilah Kamsah.


Sekian,terima kasih


Mohd Zaidi Bin Mat Deris
Biro Sebaran AM & IT

Sunday, August 8, 2010

Lagi...Kes Perompak Pecah Masuk Rumah@ No 2. Jln Bakti 1/KU4

Salam...

Dato'/Datin/Tuan/Puan...

Dukacita dimaklumkan bahawa Rumah En Jamal@2 Jln Bakti 1.ku4 telah dipecah masuk pada 6/8/10 sehari selepas rumah En Din@24 Jln Bakti 1/ku4 & En Arifin@23 Jln Bakti 2/ku4 & Rumah kosong@25 Jln Bakti 2/ku4 dipecah masuk...

Berwaspada dengan Perompak kerana aktiviti mereka pada waktu siang.....selepas penduduk keluar bekerja...Mohon kpd Ahli/Penduduk yang berada di Tmn Dagang sama-sama perhatikan gerak-gerik yang mencurigai..


Sekian,terima kasih.


Mohd Zaidi Bin Mat Deris
Biro Sebaran AM & IT

Friday, August 6, 2010

Perompak Pecah Rumah @ No.23 & 25 Jln Bakti 2/KU4....Dan No.24 Jln Bakti 1/KU4

Salam....

Dato'/Datin/ Tuan/Puan....

Dukacita dimaklumkan bahawa pada 5/8/10@ptg Perumahan Taman Dagang telah dipecah masuk oleh perompak.. Kejadian tersebut berlaku semasa ketiadaan penduduk/penghuni rumah pada waktu kerja...

  • 3 Rumah telah dipecah masuk oleh perompak tersebut iaitu :

1) No.24 Jln Bakti 1/KU4

2) No. 23 Jln Bakti 2/ku4

3) No. 25 Jln Bakti 2/ku4

  • Barang2 yang telah diambil adalah spt TV plasma, Laptop, h/Phone dll...itu jer yang dapat saya kenal pasti & saya juga merayu kepada Penduduk Taman Dagang agar sama-sama lah menjaga kawasan Perumahan terutamanya pada waktu siang khususnya kerana kejadian sering berlaku pada waktu siang.
  • Ekoran itu, kepada semua penduduk agar berwaspada dan sama-samalah & perhatikanlah kawasan sekitar agar sentiasa selamat.
  • Sekian,terima kasih.

Mohd Zaidi Bin Mat Deris( Biro Sebaran AM & IT)

Wednesday, August 4, 2010

Ceramah Menyambut Ramadhan Kg.Bt.3

Salam...

Dato'/Datin/Tuan/Puan....

Dimaklumkan bahawa 2 ceramah akan diadakan sempena Menyambut Ramadhan :

1 )Surau Hj. Ma'asom Jln Bakti

Tarikh : 7 Ogos 2010
Hari : Sabtu Mlm Ahad
Masa : 8.00mlm
Penceramah : Hj. Azmil Mustapha( Bekas Pengarah & Pelakon Filem )

2) Masjid Jamiul Hasaniah

Tarikh : 8 Ogos 2010
Hari : Ahad Mlm Isnin
Masa : 8.00mlm
Penceramah : Utz Hj. Gazali B. Omar( SMKZ Kuala Selangor )


MUSLIMIN & MUSLIMAT DI JEMPUT HADIR BERSAMA KELUARGA


sekian,terima kasih



Mohd Zaidi Bin Mat Deris
Biro Sebaran AM & IT

Sunday, July 25, 2010

Sekitar Gotong -Royong Taman Dagang@ July 2010

Assalamualaikum...

Dato'/Datin/Tuan/Puan...
  • Terlebih dahulu saya mohon maaf kerana lambat update kerana kesibukan kerja. Sehubungan itu, Saya & Jawatankuasa PPJBTD mengucapkan ribuan terima kasih kepada Ahli2 & Penduduk Tmn Dagang kerana bersama-sama menjayakan program Goyong- Royong yang diadakan pada 18 July 2010.
  • Disamping itu, Kaum wanita/ibu juga telah mengadakan goyong-royong memasak di rumah En Radzuan@2 Jln Bakti 2/ku4 bermula pada 6.30pg atas kelolaan Biro Kemasyarakatan & Hal Ehwal Wanita.
  • Peruntukan bagi Sarapan pagi utk Ahli2 & Penduduk telah disediakan dengan menggunakan budget Persatuan Penduduk Jln Bakti Tmn Dagang,Rantau Panjang,Klang. Disamping itu juga, En Ayi@15 jln bakti 1/ku4 telah menaja 4 ekor ayam kpd PPJBTD sempena Gotong-Royong tersebut.
Kaum Wanita/Ibu












Kaum Lelaki/Bapa



Suasana Gotong- Royong






























































Selepas....
Longkang dibasahi air hujan sekitar jam 12.30tgh sesudah Gotong-Royong selesai...Alhamdulillah semua berjalan lancar & nampaknya program Gotong -Royong buat kali pertamanya diadakan boleh dikatakan berjaya dengan sokongan penuh dari semua Ahli & Penduduk Tmn Dagang.










Barisan Jawatankuasa PPJBTD 2010 -2012
  • Depan dari Kiri : En Amir ( Timb.Pengerusi ) , En Arsad ( Pengerusi ) , En Zaidi ( Setiausaha ) , En Raziz ( AJK)
  • Belakang dari Kiri: En Arifin ( AJK ) , En Asri ( AJK ) ,En Mustaqim( AJK ), En Wazir ( AJK ) , En Ady Harry Adha ( Bendahari )
Tiada Gambar : En Rosni ( AJK ) & En Amzani ( AJK )
Sekian, Terima Kasih.
Mohd Zaidi Bin Mat Deris
Biro Sebaran AM & IT