Friday, August 20, 2010

Sumbangan Kebajikan PPJBTD 2010 - Terkini

Salam...

Dato'/Datin/Tuan/Puan

Dimaklumkan bahawa pada 19/8/10@9.30mlm Mesyuarat Ajk telah diadakan bagi membincangkan Isu-isu kebajikan Ahli-ahli PPJBTD khususnya...Sedikit perubahan telah dibuat pada mesyuarat tersebut.Antaranya adalah :

1) Tarikh Kuatkuasa Pemberian Sumbangan Kebajikan adalah dari April 2010( tarikh mula pembayaran Yuran Bulanan PPJBTD )

2) Bencana /Musibah turut disenarai sbg kebajikan( Sumbangan sebanyak RM100 ) berkuatkuasa dari April 2010.* Sumbangan akan diberikan secepat mungkin kepada berkenaan.
3) Kenduri -Kendara( Majlis Perkhawinan )* Jumlah Sumbangan dikurang kepada RM200 memandangkan ia adalah Majlis keraian.

Lain-lain item seperti Kematian/Kelahiran/ Sakit Kritikal/Pendidikan tiada perubahan,harap maklum.


Sekian,terima kasih.



tt
Mohd Zaidi Bin Mat Deris
Setiausaha PPJBTD

No comments:

Post a Comment