Saturday, May 1, 2010

Mesyuarat Penubuhan PPTDJB

Satu Mesyuarat Penubuhan telah diadakan bagi tujuan utk menubuhkan Persatuan Penduduk yang diadakan pada :

Tarikh: 28/02/2010
Masa : 0930 Pagi
Tempat : No. 24 Jln Bakti 1/KU4 ,Taman Dagang
Kehadiran : 25 Orang

Agenda :
Perbincangan diadakan berdasarkan agenda dibawah :

1.Menubuhkan Pertubuhan
2.Meluluskan Nama dan Alamat Penubuhan
3.Meluluskan Undang-Undang ( Perlembagaan ) Pertubuhan
4.Pelantikan Ahli Jawatankuasa Penubuhan

MELULUSKAN NAMA DAN ALAMAT PENUBUHAN
Mesyuarat telah membincangkan tentang nama penubuhan dan bersetuju dengan sebulat dengan nama : “ PERSATUAN PENDUDUK TAMAN DAGANG JALAN BAKTI,RANTAU PANJANG ,KLANG ,SELANGOR” dan alamatnya ialah di No.8 Jln Bakti 1/Ku4, Taman Dagang , Rantau Panjang, 42100 Klang,Selangor.


MELULUSKAN UNDANG-UNDANG( PERLEMBAGAAN ) PERTUBUHAN
Mesyuarat juga telah membincangkan perlembagaan pertubuhan dan dengan sedikit pindaan, perlembagaan telah diluluskan oleh semua yang hadir.


PELANTIKAN AHLI JAWATANKUASA PENUBUHAN
Bagi sesi Pelantikan Ahli Jawatankuasa Penubuhan telah berjalan dengan lancar dan semua yang hadir telah sebulat suara melantik nama-nama seperti dibawah.

Ahli –ahli seperti berikut telah dipilih :

Pengerusi
En. Mohamad Arsad Bin Mat Yusof

Timbalan Pengerusi
En. Amirsham Bin Md Sha’ban

Setiausaha
En. Mohd Zaidi Bin Mat Deris

Bendahari
En. Ady Harry Adha Bin Abd. Waha

AJK Biasa
a) En. Ahmad Mustaqim Bin Ibrahim
b) En.Mohd Asri Bin Latif
c) En. Raziz Bin Suhali
d) En. M.Amzani Hamdan
e) En. Rosni Bin Chaki@ Marzuki
f ) En. Ariffin Bin Ismail
g) En. Wazir Bin Ismail


Majlis juga telah besetuju akan mendaftarkan pertubuhan ini dengan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan. Tugas bagi pendaftaran ini akan dilakukan oleh Jawatankuasa untuk menguruskannya.


PENUTUP
Mesyuarat telah ditamatkan pada jam 1230tgh.

No comments:

Post a Comment