Tuesday, August 31, 2010

Penerima Sumbangan Kebajikan PPJBTD 2010

Salam...


Dato'/Datin/Tuan/Puan


Untuk makluman,disertakan nama-nama Penerima Sumbangan Kebajikan PPJBTB 2010 yang layak dari bulan April hingga August 2010.( Sila sebarkan kpd Ahli yang tiada email )


Sebarang masalah dan tuntutan Sumbangan Kebajikan PPJBTD,sila berurusan terus dengan ;

1) Tn Pengerusi_ En Arsad ( 012-2978781 )

2) Tn Bendahari _ En Edy ( 012-2581187 )


Pihak Pengurusan PPJBTD berharap dengan sedikit pemberian sumbangan kepada Ahli dapat sedikit sebanyak mengurangkan bebanan justeru itu sama-samalah kita menyumbang untuk kesejahteraan Penduduk Taman Dagang khususnya.Amin
Sekian,terima kasih.
Mohd Zaidi Bin Mat Deris
Setiausaha PPJBTD

Sunday, August 22, 2010

Carta Organisasi PPJBTD 2010/2011- Terkini



Sekian, terima kasih.



tt
Mohd Zaidi Bin Mat Deris
Biro Sebaran AM & IT

Saturday, August 21, 2010

Perletakan Jawatan Sebagai Pemeriksa Kira- Kira PPJBTD

Salam...

Dato'/Datin/Tuan/Puan




Dimaklumkan bahawa Pn Sharmila dengan Rasminya telah mengundurkan diri menjadi Pemeriksa Kira -Kira dan telah diterima sebulat suara oleh Jawatankuasa PPJBTD yang bermesyuarat pada 19/8/10@9.30mlm.

Dengan pengunduran Puan Sharmila adalah satu kehilangan besar bagi PPJBTD. Selamat maju jaya & PPJBTD mengucapkan ribuan terima kepada puan Sharmila kerana telah memberi sumbangan semasa berada dalam Organisasi.


Sekian,terima kasih.


tt
Mohd Zaidi Bin Mat Deris
Setiausaha PPJBTD

Friday, August 20, 2010

Sumbangan Kebajikan PPJBTD 2010 - Terkini

Salam...

Dato'/Datin/Tuan/Puan

Dimaklumkan bahawa pada 19/8/10@9.30mlm Mesyuarat Ajk telah diadakan bagi membincangkan Isu-isu kebajikan Ahli-ahli PPJBTD khususnya...Sedikit perubahan telah dibuat pada mesyuarat tersebut.Antaranya adalah :

1) Tarikh Kuatkuasa Pemberian Sumbangan Kebajikan adalah dari April 2010( tarikh mula pembayaran Yuran Bulanan PPJBTD )

2) Bencana /Musibah turut disenarai sbg kebajikan( Sumbangan sebanyak RM100 ) berkuatkuasa dari April 2010.* Sumbangan akan diberikan secepat mungkin kepada berkenaan.
3) Kenduri -Kendara( Majlis Perkhawinan )* Jumlah Sumbangan dikurang kepada RM200 memandangkan ia adalah Majlis keraian.

Lain-lain item seperti Kematian/Kelahiran/ Sakit Kritikal/Pendidikan tiada perubahan,harap maklum.


Sekian,terima kasih.



tt
Mohd Zaidi Bin Mat Deris
Setiausaha PPJBTD

Thursday, August 19, 2010

ROS dah lulus permohonan PPJBTD

Salam...

Dato'/Datin/Tuan/Puan

Dengan RASMI-nya Persatuan Penduduk Jalan Bakti, Taman Dagang ,Rantau Panjang ,Klang, Selangor telah sah berdaftar dengan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan ( ROS ) pada 29 June 2010.

No Pendaftarannya : 1615-10-Sel




Sekian,terima kasih


tt
Mohd Zaidi Bin Mat Deris
Setiausaha PPJBTD

Wednesday, August 11, 2010

JOM BERAMAL.......Pengumuman dari Masjid Jamiul Hasaniah & Surau Hj Ma'asom Kg Batu 3

Salam...

Dato'/Datin/Tuan/Puan...

Sempena bulan Ramadhan ini,Ahli Kariah & Penduduk Kawasan Masjid Jamiul Hasaniah & Surau Hj Ma'asom Kg Batu 3 disarankan turut serta aktiviti/program yang di anjurkan oleh Masjid & Surau Kg Batu 3...antaranya:

Surau Hj Ma'asom
1)Membawa Kuih utk moreh bulan Ramadhan 1431H/2010( Jadual GILIRAN telah disediakan & Ketua Zon Taman Dagang ialah En.Md Ali Bin Kudus.
2) Solat Terawikh
3) Tahlil Arwah( Selepas solat terawikh )
4) Tadarus Al-Quran
5) Majlis Khatam Al-Quran dll.

* Setiap Ahli Kariah disarankan menyumbang yuran ( Yuran Bulan Ramadhan) - Kelamin( RM10.00 ) & Bujang ( RM10.00)

Masjid Jamiul Hasaniah
Setiap Ahli Kariah & Penduduk Kawasan Masjid Jamiul Hasaniah telah diberikan satu Kalendar iaitu dipanggil PROGRAM IHYA' RAMADHAN 1431/2010 ( maklumat terperinci segala aktiviti & program yang dijalankan).

* Setiap Ahli Kariah & Penduduk adalah diharapkan utk membayar Yuran Tahunan Sebanyak RM20.00 setiap rumah ( Rumah Sendiri /Sewa) dan RM10.00 Remaja/Belia Lelaki & Perempuan Bekerja..

* Petugas utk kutipan yuran bagi Tmn Dagang Jln Bakti : En Mohd Zaidi Bin Mat Deris ( 013-3904496 )


JOM Ke Surau atau Masjid...........mengimarakan Surau & Masjid di sepanjang bulan Ramadhan AL- Mubarak.


Sekian, SELAMAT MEYAMBUT BULAN RAMADHAN & SELAMAT BERAMAL.


Mohd Zaidi Bin Mat Deris
Setiausaha PPJBTD

Tuesday, August 10, 2010

Menanti Kehadiran Ramadhan Tahun 1431H/2010

Sejarah Ramadhan
1) Ramadhan: Ertinya panas terik
2) Bulan di turunkan Al Quran dan disebut (syahru ramadhana)
3) Berlakunya Perang Badar Kubra dan mendapat kemenangan.
4) Bulan dimana Nabi s.a.w mengambil semula Mekah dari tangan Musyrikin dan berakhirnya penyembahan berhala.
5) Di dalamnya dipilih ada Malam Al-Qadar yakni lebih baik daripada 1000 bulan.
6) Di pilih untuk ibadat puasa.
7) Di pilih untuk lain2 ibadat (solat Tarawih, tadarus Al Quran dll)

Kelebihan Bulan Ramadhan
1) Kamu akan di naungi Ramadhan. (bagi yang telah meninggal dunia terlepas dari siksa kubur)2) Bulan penuh keberkatan
3) Di malamnya ada lebih baik daripada 1000 bulan
4) Amalan solat sunat menyamai dengan solat fardhu
5) Manakala solat fardhu mendapat 70 kali ganda
6) Bulan sabar dan pahalanya adalah syurga
7) Bulan menambah rezeki
8 ) Memberi berbuka banyak pahala
9) Bulan keampunan : – Doa yang paling makbul iaitu doa sebelum berbuka puasa. – juga doa pada sepertiga malam.

Amalan-amalan di bulan Ramadhan (Tidak dapat buat semua, jangan tinggal semua)
1) Mengucapkan Selamat Menyambut Bulan Ramadhan
2) Perasaan tidak sabar untuk menanti Ramadhan
3) Niat puasa sebulan pd permulaan Ramadhan
4) Hendak tidur bacalah 4 ayat terakhir Surah Al Kahfi supaya dapat bangun malam
5) Berazam melakukan Terawih
6) Bertadarus secara bersemak (bukan sendirian)
7) Solat berjemaah setiap waktu
8 ) Solat jemaah di masjid/surau
9) Amalkan Qiyamulail walaupun pendek
10) Sahur diwaktu akhir
11) Sahur – utk mengelakkan makanan tidak hadam elakkan makanan pedas dan tutup sahur dengan air susu
12) Mandi Janabat sebelum Imsak
13) Kurangkan tidur
14) Tunaikan Solat sunat fajar (Solat Sunat Subuh)
15) Tunaikan Solat Dhuha
16) Tidur waktu cuti (satu jam sebelum Zohor)
17) Tunaikan solat Rawatib
18) Jaga pacaindera
19) Elakkan gosok gigi selepas tergelincir matahari hingga berbuka
20) Hadiri majlis ilmu
21) Buat baik kepada ibubapa
22) Isteri hendaklah taat pada suami
23) Banyakkan bersedekah
24) Berbuka dengan 3 biji kurma
25) Berbuka bersama org tua
26) Jemput tetamu berbuka
27) Kurangkan berat badan
28) Banyakkan i’tikaf di masjid (lelaki sahaja)
29) Baiki hubungan suami isteri
30) Baiki hubungan jiran
31) Isteri jauhi drpd keluar memakai mekap & perhiasan
32) Elakkan berbelanja berlebihan
33) Kuatkan kesabaran
34) Banyakkan selawat,istighfar,bertasbih
35) Berazam beramal (pada malam Lailatul Qadar)
36) Mengejut anak dan isteri di malam Lailatul Qadar
37) Elakkan menonton TV dan melayari internet yang mengandungi nafsu
38) Elakkan mendengar radio berunsur hiburan hingga melalaikan
39) Berdoa dengan nada lembut dan merayu
40) Jauhkan bercumbu dengan suami/isteri di siang hari
41) Mendoakan ibu bapa samaada hidup atau yang meninggal dunia
42) Melazimkan solat awal waktu
43) Elakkan sebelum berbuka bersiar2 yg menjadikan pandangan liar
44) Elakkan banyak berhutang
45) Melepaskan perasaan sedih melepaskan Ramadhan ditakuti tidak bertemu lagi dengan Ramadhan akan datang
46) Mengeluarkan zakat fitrah
47) Solat Witir



Sekian,terima kasih


Mohd Zaidi Bin Mat Deris
Biro Sebaran AM & IT

Monday, August 9, 2010

Rahsia Bulan & Kelahiran - Aug/2010

OGOS

* Suka berlawak.
* Mudah tertawan padanya.
* Sopan santun dan mengambil berat terhadap orang lain.
* Berani dan tidak tahu takut.
* Orangnya agak tegas & bersikap kepimpinan.
* Pandai memujuk orang lain.
* Terlalu pemurah & bersikap ego.
* Nilai harga diri yang sangat tinggi.
* Dahagakan pujian.
* Semangat juang yang luar biasa.
* Cepat marah & mudah mengamuk.
* Mudah marah apabila cakapnya dilawan.
* Sangat cemburu.
* Daya pemerhatian yang tajam & teliti.
* Cepat berfikir.
* Fikiran yang berdikari.
* Suka memimpin & dipimpin.
* Sifat suka berangan.
* Berbakat dalam seni lukis, hiburan & silat.
* Sangat sensitif tapi tidak mudah merajuk.
* Cepat sembuh apabila ditimpa penyakit.
* Belajar untuk bertenang.
* Sikap kelam kabut.
* Romantik, pengasih dan penyayang.
* Suka mencari kawan

Kajian mengenai bulan dan sikap anda, yang telah dijalankan oleh Yang Berbahagia Dato' Dr. Fadzilah Kamsah.


Sekian,terima kasih


Mohd Zaidi Bin Mat Deris
Biro Sebaran AM & IT

Sunday, August 8, 2010

Lagi...Kes Perompak Pecah Masuk Rumah@ No 2. Jln Bakti 1/KU4

Salam...

Dato'/Datin/Tuan/Puan...

Dukacita dimaklumkan bahawa Rumah En Jamal@2 Jln Bakti 1.ku4 telah dipecah masuk pada 6/8/10 sehari selepas rumah En Din@24 Jln Bakti 1/ku4 & En Arifin@23 Jln Bakti 2/ku4 & Rumah kosong@25 Jln Bakti 2/ku4 dipecah masuk...

Berwaspada dengan Perompak kerana aktiviti mereka pada waktu siang.....selepas penduduk keluar bekerja...Mohon kpd Ahli/Penduduk yang berada di Tmn Dagang sama-sama perhatikan gerak-gerik yang mencurigai..


Sekian,terima kasih.


Mohd Zaidi Bin Mat Deris
Biro Sebaran AM & IT

Friday, August 6, 2010

Perompak Pecah Rumah @ No.23 & 25 Jln Bakti 2/KU4....Dan No.24 Jln Bakti 1/KU4

Salam....

Dato'/Datin/ Tuan/Puan....

Dukacita dimaklumkan bahawa pada 5/8/10@ptg Perumahan Taman Dagang telah dipecah masuk oleh perompak.. Kejadian tersebut berlaku semasa ketiadaan penduduk/penghuni rumah pada waktu kerja...

  • 3 Rumah telah dipecah masuk oleh perompak tersebut iaitu :

1) No.24 Jln Bakti 1/KU4

2) No. 23 Jln Bakti 2/ku4

3) No. 25 Jln Bakti 2/ku4

  • Barang2 yang telah diambil adalah spt TV plasma, Laptop, h/Phone dll...itu jer yang dapat saya kenal pasti & saya juga merayu kepada Penduduk Taman Dagang agar sama-sama lah menjaga kawasan Perumahan terutamanya pada waktu siang khususnya kerana kejadian sering berlaku pada waktu siang.
  • Ekoran itu, kepada semua penduduk agar berwaspada dan sama-samalah & perhatikanlah kawasan sekitar agar sentiasa selamat.
  • Sekian,terima kasih.

Mohd Zaidi Bin Mat Deris( Biro Sebaran AM & IT)

Wednesday, August 4, 2010

Ceramah Menyambut Ramadhan Kg.Bt.3

Salam...

Dato'/Datin/Tuan/Puan....

Dimaklumkan bahawa 2 ceramah akan diadakan sempena Menyambut Ramadhan :

1 )Surau Hj. Ma'asom Jln Bakti

Tarikh : 7 Ogos 2010
Hari : Sabtu Mlm Ahad
Masa : 8.00mlm
Penceramah : Hj. Azmil Mustapha( Bekas Pengarah & Pelakon Filem )

2) Masjid Jamiul Hasaniah

Tarikh : 8 Ogos 2010
Hari : Ahad Mlm Isnin
Masa : 8.00mlm
Penceramah : Utz Hj. Gazali B. Omar( SMKZ Kuala Selangor )


MUSLIMIN & MUSLIMAT DI JEMPUT HADIR BERSAMA KELUARGA


sekian,terima kasih



Mohd Zaidi Bin Mat Deris
Biro Sebaran AM & IT