Sunday, July 25, 2010

Sekitar Gotong -Royong Taman Dagang@ July 2010

Assalamualaikum...

Dato'/Datin/Tuan/Puan...
  • Terlebih dahulu saya mohon maaf kerana lambat update kerana kesibukan kerja. Sehubungan itu, Saya & Jawatankuasa PPJBTD mengucapkan ribuan terima kasih kepada Ahli2 & Penduduk Tmn Dagang kerana bersama-sama menjayakan program Goyong- Royong yang diadakan pada 18 July 2010.
  • Disamping itu, Kaum wanita/ibu juga telah mengadakan goyong-royong memasak di rumah En Radzuan@2 Jln Bakti 2/ku4 bermula pada 6.30pg atas kelolaan Biro Kemasyarakatan & Hal Ehwal Wanita.
  • Peruntukan bagi Sarapan pagi utk Ahli2 & Penduduk telah disediakan dengan menggunakan budget Persatuan Penduduk Jln Bakti Tmn Dagang,Rantau Panjang,Klang. Disamping itu juga, En Ayi@15 jln bakti 1/ku4 telah menaja 4 ekor ayam kpd PPJBTD sempena Gotong-Royong tersebut.
Kaum Wanita/Ibu












Kaum Lelaki/Bapa



Suasana Gotong- Royong






























































Selepas....
Longkang dibasahi air hujan sekitar jam 12.30tgh sesudah Gotong-Royong selesai...Alhamdulillah semua berjalan lancar & nampaknya program Gotong -Royong buat kali pertamanya diadakan boleh dikatakan berjaya dengan sokongan penuh dari semua Ahli & Penduduk Tmn Dagang.










Barisan Jawatankuasa PPJBTD 2010 -2012
  • Depan dari Kiri : En Amir ( Timb.Pengerusi ) , En Arsad ( Pengerusi ) , En Zaidi ( Setiausaha ) , En Raziz ( AJK)
  • Belakang dari Kiri: En Arifin ( AJK ) , En Asri ( AJK ) ,En Mustaqim( AJK ), En Wazir ( AJK ) , En Ady Harry Adha ( Bendahari )
Tiada Gambar : En Rosni ( AJK ) & En Amzani ( AJK )
Sekian, Terima Kasih.
Mohd Zaidi Bin Mat Deris
Biro Sebaran AM & IT

Monday, July 12, 2010

Konvoi ke Majlis Malam Berinai Adik En Amzani@ No. 11 Jln Bakti 1/KU4

Assalamualaikum....

Dato'/Datin/ Tuan/Puan

Pihak PPJBTD telah menerima Jemputan Khas dari En Amzani utk mengiringi adik beliau ke Majlis Malam Berinai di Jeram pada 10 July 2010@8mlm dan konvoi PPJBTD telah sampai di rumah pengantin Perempuan pada 8.50mlm. Disini disertakan Koleksi gambar-gambar pada malam berinai tersebut yang sempat saya ambil....

Azrol & Lydia






















Kumpulan Kompang









Tetamu yg hadir
















Hadir :
1) Tn Pengerusi ( En. Arsad )& Keluarga
2) Tn Setiausaha( En. Zaidi ) & Keluarga
3) AJK
En.Asri & Keluarga
En.Rosni & Keluarga


Turut Hadir :
Ahli2

1)En.Azrulnizam & Keluarga
2)En.Sharudin & Keluarga
3)En.Mohd Amin & Keluarga


Sekian,terima kasih.


Mohd Zaidi Bin Mat Deris
Biro Sebaran AM & IT

Friday, July 9, 2010

Program Gotong- Royong PPJBTD 2010

Rujukan: PPJBTD/SU/2010/ Gotong-Royong
Tarikh : 08 July 2010

Kepada : Ahli PPJBTD

PER : GOTONG-ROYONG PPJBTD

Dengan segala hormatnya saya merujuk kepada perkara tersebut di atas, dengan ini memaklumkan bahawa PPJBTD akan mengadakan Gotong –Royong adalah seperti dibawah ;

Tarikh : 18 July 2010 ( Ahad )
Masa : 8.00Pagi
Tempat : Simpang Jln Bakti ,Taman Dagang

Peralatan : Sendiri

2. Kauter Pendaftaran Ahli & Pembayaran Yuran Bulanan juga disediakan untuk ahli-ahli.

Sekian, terima kasih.

…………………………..
( Mohd Zaidi B. Mat Deris )
Setiausaha PPJBTD

Tuesday, July 6, 2010

Ceramah Isra' & Mikraj Kg. Bt.3

Assalamualaikum..

Dato'/Datin/Tuan/Puan

Untuk makluman satu Ceramah Isra' & Mikraj Kg. Bt.3 akan diadakan pada:

1) Surau Hj. Ma'asom Jln Bakti
Tarikh : 11 Julai 2010
Hari : Ahad mlm Isnin
Masa : 8.00mlm
Penceramah : Utz Khairudin B.Hayon( Pen.Pengarah - Dakwah -JAIS)

2) Masjid Jamiul Hasaniah
Tarikh : 12 Julai 2010
Hari : Isnin mlm Selasa
Masa : 8.mlm
Penceramah : Dato Hasan Din Al Hafiz( Mantan Peg.Agama Istana Negara)

-MUSLIMIN & MUSLIMAT DI JEMPUT HADIR BERSAMA KELUARGA-



Sekian, terima kasih


Mohd Zaidi Bin Mat Deris
Biro Sebaran AM & IT

Monday, July 5, 2010

Majlis Bacaan Yasin & Doa Selamat @ No.6 Jln Bakti 1

Assalamualaikum...

Dato'/Datin/Tuan/Puan
Seperti sediamaklum bahawa En.Azrul@No.6 Jln Bakti 1/Ku4 telah mengadakan Majlis Kesyukuran dirumahnya pada 3/7/10. Pada waktu petangnya lebih kurang 3ptg diadakan Marhaban kaum wanita Kg.Bt 3 & Sebelah malamnya pula diadakan Majlis Bacaan Yasin & Doa Selamat.

Semua telah berjalan dengan lancar & majlis tersebut berakhir pada 10mlm dgn jamuan makan malam kepada tetamu Surau Hj Ma'asom & Penduduk Taman Dagang.

Sekian,terima kasih.
Mohd Zaidi B in Mat Deris
Biro Sebaran AM & IT

Sunday, July 4, 2010

Rahsia Bulan & Kelahiran - JULY/2010

JULAI
* Sangat suka didamping.
* Banyak berahsia dan sukar dimengerti terutamanya lelaki.
* Agak pendiam kecuali dirangsang.
* Ada harga dan maruah diri.
* Tak suka menyusahkan orang lain tapi tidak marah apabila disusahkan.
* Mudah dipujuk dan bercakap lurus.
* Sangat menjaga hati orang lain.
* Sangat peramah.
* Emosi sangat mendalam tapi mudah terluka hatinya.
* Berjiwa sentimental.
* Jarang berdendam.
* Mudah memaafkan tapi sukar melupakan.
* Tidak suka benda remeh-temeh.
* Membimbing cara fizikal dan mental.
* Sangat peka, mengambil berat dan mengasihi serta penyayang.
* Layanan yang serupa terhadap semua orang.
* Tinggi daya simpati.
* Pemerhatian yang tajam.
* Suka menilai orang lain melalui pemerhatian.
* Mudah dan rajin belajar.
* Suka muhasabah diri.
* Suka mengenangkan peristiwa atau kawan lama.
* Suka mendiamkan diri.
* Suka duduk di rumah.
* Suka tunggu kawan tapi tak cari kawan.
* Tidak agresif kecuali terpaksa.
* Lemah dari segi kesihatan perut.
* Mudah gemuk kalau tak kawal diet.
* Minta disayangi.
* Mudah terluka hati tapi lambat pulih.
* Terlalu mengambil berat.
* Rajin dalam membuat kerja

Rahsia Bulan dan Kelahiran Berikut disenaraikan kajian mengenai bulan dan sikap anda, yang telah dijalankan olehYang Berbahagia Dato' Dr. Fadzilah Kamsah


Sekian. terima kasih


Mohd Zaidi Bin Mat Deris
Biro Sebaran AM & IT

Friday, July 2, 2010

Aktiviti Pengerusi & SU PPJBTD_ Mesyuarat Masjid/Jun/2010

Assalamualaikum....

Dato'/Datin/Tuan/Puan

Dimaklumkan bahawa Tn.Pengerusi & Tn.Setiausaha telah dijemput menghadiri Mesyuarat Pegawai & AJK Masjid Jamiul Hasaniah Sesi 2009-2012-Bil:09( Sembilan) sebagai pemerhati pada :

Tarikh : 1 Julai 2010 (18hb.Rejab.1431H)
Hari : Khamis Malam Jumaat
Masa : 9.oomlm
Tempat : Bilik Mesyuarat Masjid Jamiul Hasaniah, Bt 3, Jln Kapar,42100 Klang, Selangor

Agenda
a) Bacaan Doa & Ucapan Tuan Nadzir /Pengerusi Mesyuarat
b) Membentangkan & Mengesahkan Minit Mesyuarat( Bil: 07 oleh Setiausaha )
c) Ulasan dan perkara berbangkit
d) Persiapan Mesyuarat Agong Tahun 2010

i) Tarikh :
ii) Perasmian & Aturcara /Agenda
iii) Laporan Jawatan Kuasa - Biro Biro
iv) Laporan Badan Khairat Kematian
v) Laporan Kewangan
vi) Usul untuk di cadangkan - Drp Pegawai & AJK Masjid

e) Perancangan Program Bulan Ramadhan
f) Ceramah Isra' & Mikraj - 12 Julai 2010/29 Rejab 1431H
Ahad malam Isnin -Perceramah Ybhg Dato' Hj. Hasan Din( Mantan Pegawai Agama Istana Negara )
g) Lain lain hal

Mesyuarat tamat pd : 12mlm

Sekian,terima kasih


Mohd Zaidi Bin Mat Deris
Biro Sebaran AM & IT