Wednesday, June 30, 2010

Aktiviti Pengerusi & AJK PPJBTD_ Program Ceramah& Dialog/ Jun/2010

Assalamualaikum....

Dimaklumkan bahawa Tn Pengerusi bersama2 dengan AJK PPJBTD telah dijemput oleh Penghulu Kawasan Rantau Panjang bagi menghadiri Program Ceramah & Dialog Isu Gejala Sosial Peringkat Mukim Rantau Panjang pada :

Tarikh : 29 Jun 2010 (Selasa mlm Rabu )
Masa : 8.45mlm
Tempat : Dewan Dato' Hj Ahmad Razali, Kg Batu 4 ,Jln Kapar ,42100 Klang.
Penceramah : Prof. Dr. Turiman Bin Suadi
Pensyarah Kanan, Jabatan Pengajian Profesional dan Pendidikan
Universiti Putra Malaysia

Tujuan Program tersebut diadakan untuk memberi pendedahan mengenai isu gejala sosial yang berlaku di negara ini serta mencari jalan bagaimana Agensi Kerajaan dan Pimpinan Masyarakat serta NGO-NGO dapat memainkan peranan membantu kerajaan mengurangkan masalah gejala tersebut. Program tersebut dihadiri oleh Agensi Kerajaan Daerah Klang spt:

1. Wakil Tn Pengawai Daerah Klang
2. Wakil Yang Di Pertua Majlis Penbandaran Klang
3. Ahli -Ahli Majlis MPK
4. Wakil Ketua-Ketua Polis Kawasan Rantau Panjang/ Kapar
5. Wakil Pengawai AADK Klang
6. Wakil Pengawai Kebajikan Masyarakat Klang
7. Wakil Pengawai Belia Daerah Klang
8. Wakil Pengawai Pendidikan Daerah Klang
9. Wakil Pengawai Penguatkuasa Pejabat Agama Islam Klang
10. Ketua -Ketua RELA kawasan
11. Ketua-Ketua Kg & 5 Ajk Masjid Mukin Rantau Panjang
12. Tuan Nazir dan Ajk Masjid Mukim Rantau Panjang
13. Pengerusi-Pengerusi Surau Mukim Rantau Panjang
14. Pengerusi- Pengerusi Taman Perumahan Mukim Rantau Panjang
15. Pengerusi PIBG Sekolah Menengah / Rendah Mukim Rantau Panjang
16. Wakil Pengawai Belia PBT


Hadir : Tn Pengerusi ( En Arsad ) , Tn Bendahari ( En Ady Harry Adha) , AJK( Mohd Asri B.Latif ) & Ahli ( En Azrulnizam ).


Sekian, terima kasih.


Mohd Zaidi Bin Mat Deris
Biro Sebaran AM & IT

Tuesday, June 29, 2010

Update Carta Organisasi PPJBTD Sesi 2010/2012

Assalamualaikum....

Dato'/Datin/Tuan/Puan

Dimaklumkan bahawa Carta Organisasi PPJBTD bagi Sesi 2010/2012 bergambar telah siap sepenuhnya dan dengan ini Ahli-ahli & Penduduk Taman Dagang dapat mengenali dengan lebih dekat barisan yang menerajui PPJBTD.

Disamping itu juga, Jawatankuasa & Pemeriksa Kira-Kira akan menerajui PPJBTD selama 2 tahun yang termaktud dalam Undang2 Tubuh PPJBTD iaitu dari 2010 -2012, mohon maaf diatas penulisan sebelum ini sebab penggalnya cuma 1 tahun sahaja iaitu dari 2010-2011.

Sekian,terima kasih.


Mohd Zaidi Bin Mat Deris
Biro Sebaran AM & IT

Monday, June 28, 2010

Progress Permohonan R.O.S

Assalamualaikum...

Dato'/Datin/Tuan/Puan

Dimaklumkan bahawa Permohonan Pertubuhan ( PPJBTD ) masih dalam proses pihak R.O.S dan dalam semakan/tindakan oleh Tn. Pengarah(En. Noraffendy bin Abd. khalid ) , dimaklumkan oleh Pn Hajah Rugayah Ahmad pada 28/6/10@12:39tgh.

Harap maklum.



Sekian,terima kasih.


Mohd Zaidi Bin Mat Deris
Setiausaha

Sunday, June 27, 2010

Aktiviti Pengerusi & AJK PPJBTD_ Ziarah/Jun/2010

Assalamulaikum...

Dato'/Datin/Tuan/Puan

Sukacita dimaklumkan bahawa En.Yusran( No.15 Jln Bakti 2/Ku4 ) baru-baru ini telah ditimpa musibah( kemalangan jalanraya) sewaktu balik kerja dan dari perbualan dengan beliau sendiri semalam menyatakan bahawa dilanggar oleh pajero secara tiba-tiba dari hadapan & dari kejadian tersebut beliau mengalami kecederaan pada bahu kiri ( terseliuh ).
PPJBTD mendoakan supaya beliau cepat sembuh & dapat bekerja seperti sediakala. Amin

Pic : En Yusran
( tak berbaju )

Lawatan
Tarikh : 27/6/10
Masa : 9:30mlm
Tempat: No.15 Jln Bakti 2/ku4

Kehadiran : Tn Pengerusi( En. Arsad ) , Tn Setiausaha( En.Zaidi) ,Tn Bendahari( En. Ady Harry Adha), Tn2.AJK ( En.Arifin,En.Rosni,En.Amzani,En.Raziz,En.Wazir )

Turut Serta : En Zul, En Azrul & minta maaf kalau nama tak disebut.


Sekian, terima kasih.



Mohd Zaidi Bin Mat Deris
Biro Sebaran AM & IT

Waspada Dengan Pencuri Sekitar Taman

Assalamualaikum...

Dato'/Datin/Tuan/Puan

Sukacita dimaklumkan bahawa baru-baru ini telah berlaku kecurian di luar rumah En. Din( No 24 Jln Bakti 1/ku4) yang mana kedua-dua basikal anaknya telah hilang yang diletakkan dibelakang rumah & disedari pada hari sabtu- 26/6/10 sewaktu anak2 beliau memaklumkan ketiadaan basikal tersebut.

Diharap dengan kes-kes kecurian sebelum2 ini....mari lah kita sama-sama memantau persekitaran perumahan kita. Sila maklumkan kepada Ajk PPJBTD sekiranya ada yang mencurigakan sekitar taman kita.

Tangkapan Awam
Orang awam boleh membuat tangkapan jika berlaku kejadian jenayah di kawasan anda dan di nasihatkan supaya tangkapan dibuat secara berkumpulan dan tidak boleh melampaui batas seperti mencederakan atau menyebabkan kematian penjenayah. Selepas tangkapan hubungi balai polis berdekatan atau talian hotline.

Sekian, Terima Kasih.


Mohd Zaidi Bin Mat Deris
Biro Sebaran AM & IT

Friday, June 25, 2010

Fadilat Hari Jumaat

JUMAAT adalah hari paling mulia serta mempunyai beberapa fadilatnya untuk direnungi.Kitab As Sabi’ iyahti Fi Mawa’izhil Bariyyat banyak memaparkan peristiwa agung yang berlaku pada Jumaat.Antara peristiwa itu ialah perkahwinan Nabi Adam dan Hawa; Nabi Yusuf dengan Zulaiha: Nabi Musa dengan Shafura binti Syuaib; Rasulullah saw dengan Khadijah; Rasulullah dengan Siti Aisyah binti Abu Bakar serta Ali bin Abi Thalib dengan Fatimah Zahara binti Muhammad.

Daripada Abu Hurairah katanya, Rasulullah bersabda, maksudnya: “Sebaik-baik hari yang terbit matahari ialah Jumaat, pada hari itulah, Adam diciptakan dan pada hari itulah juga dia dikeluarkan dari syurga.

“Pada Jumaat juga kiamat akan berlaku. Pada hari itu tidaklah seorang yang beriman meminta sesuatu daripada Allah melainkan akan dikabulkan permintaannya.” (Hadis riwayat Muslim).
Dalam hadis lain, Rasulullah bersabda yang bermaksud : “Hari yang dijanjikan ialah hari kiamat, hari yang disaksikan ialah hari Arafah dan hari yang menyaksikan ialah hari Jumaat. Matahari tidak terbit dan tidak terbenam pada mana-mana hari yang lebih mulia dan afdal daripada hari Jumaat.

“Pada hari itu terdapat suatu masa di mana seorang hamba mukmin apabila meminta (berdoa) kepada Allah sesuatu kebaikan melainkan Allah memakbulkan doanya atau ia meminta Allah melindunginya daripada sesuatu kejahatan melainkan Allah melindunginya daripada kejahatan.” (Hadis riwayat Tirmizi).

Solat Jumaat dua rakaat yang difardukan ke atas umat Islam membuktikan hari itu adalah semulia hari yang perlu ambil manfaat untuk mendapatkan ganjaran Allah daripada setiap amal ibadat yang dilaksanakan.

Rasulullah bersabda: “Sesiapa hadir solat Jumaat pada saat pertama, dia umpama berkorban seekor unta.

“Sesiapa hadir solat Jumaat pada saat kedua, dia seperti berkorban seekor lembu.
“Barang siapa yang menghadiri solat Jumaat pada saat yang ketiga, dia seperti berkorban seekor kibas.

“Sesiapa hadir solat Jumaat pada saat keempat, dia seperti memberi hadiah seekor ibu ayam dan sesiapa hadir solat pada saat kelima, dia seolah-olah memberi hadiah sebiji telur.”

Apabila imam naik ke mimbar, malaikat menutup buku catatannya dan ikut mendengar khutbah. Justeru, sesiapa yang datang untuk solat selepas itu seolah-olah dia hanya datang untuk solat semata-mata, tidak direkodkan dalam buku kehadiran malaikat.

Umat Islam juga dituntut membuat persediaan sebelum menghadiri solat Jumaat untuk mendapat fadilatnya, termasuk dalam berwuduk, mandi sunat dan tertib ketika menghadiri solat Jumaat.

Imam Muslim meriwayatkan sebuah hadis Rasulullah yang bermaksud: “Sesiapa berwuduk lalu memperelokkan wuduknya, kemudian mendatangi solat Jumaat, terus mendengar dan berdiam diri, tidak berbicara sama sekali, maka diberi tambahan tiga hari lagi.

“Sesiapa yang memegang kerikil untuk dimainkan sehingga tidak memperhatikan isi khutbah, sesungguhnya dia telah melakukan kelalaian, yakni bersalah.”

Hadis di atas membuktikan bahawa Islam memberi penekanan terhadap perlunya makmum menumpukan kepada khutbah yang disampaikan. Isi kandungannya khutbah perlu diteliti bukan hanya sebagai sumber ilmu, malah mencakupi teguran, pembinaan hidup dan nasihat yang berguna.

Daripada Ibnu Umar bahawa Rasulullah bersabda: “Jika seseorang antara kalian mendatangi solat Jumaat, maka hendaklah mandi dulu.” (Muttafaq ‘alaih)

Daripada Samurah, diriwayatkan bahawa Rasulullah pernah bersabda: “Sesiapa yang berwuduk pada Jumaat, maka dengan keringanan itu, bolehlah dilakukan tanpa mandi tetapi mandi itu adalah lebih utama.” (Hadis riwayat Imam Abu Daud dan Termizi).

Kemuliaan yang ada pada Jumaat meletakkannya sebagai ‘penghulu’ segala hari.

Hadis Rasulullah yang diriwayatkan Abu Hurairah yang bermaksud: “Jumaat dinamakan sebagai ‘Saidul aiyam’ iaitu penghulu segala hari (hari yang sebaik hari).”

Ada banyak hadis dan riwayat mengenai kelebihan hari Jumaat. yang bertujuan menceritakan ganjaran yang perlu direbut oleh umat Islam. Antaranya:
  • Orang yang meninggal dunia pada hari Jumaat akan terlepas soal jawab kubur hingga hari Kiamat.
  • Sesiapa yang membaca surah Ali Imran pada hari Jumaat, maka Allah dan malaikat mendoakan kebaikan ke atasnya sehingga matahari terbenam pada hari itu.
  • Sabda Rasulullah yang diriwayatkan oleh Abi Said Al-Khudri bermaksud: “Sesiapa membaca surah Al-Kahfi pada hari Jumaat, Allah menerangi hidupnya antara dua Jumaat.”
  • Sesiapa membaca Surah Yassin pada malam Jumaat, Allah mengampunkan dosa kecil yang dilakukan, demikian menurut hadis Rasulullah yang diriwayatkan oleh Abi Hurairah.
    Sabda Rasulullah yang diriwayatkan oleh Abdullah Ibn Abi Khatadah, bermaksud: Sesiapa yang mandi pada hari Jumaat seolah-olah dirinya bersih hingga Jumaat akan datang.
  • Mereka yang mendirikan solat Jumaat antara satu Jumaat ke satu Jumaat berikutnya, maka Allah mengkifaratkan atau mengelakkan dia daripada terbabit dosa besar.
  • Mereka yang berdoa dengan penuh keikhlasan hati pada Jumaat, mudah dimakbulkan Allah.
Info: Nora.z' Blog


Sekian,terima kasih


Mohd Zaidi Bin Mat Deris
Biro Sebaran AM & IT

Wednesday, June 23, 2010

Rahsia Bulan & Kelahiran - JUN/2010

JUN
* Berfikiran jauh & berwawasan.
* Mudah ditawan kerana sikap baik.
* Berperangai lemah lembut.
* Mudah berubah sikap, perangai, idea dan mood.
* Idea yang terlalu banyak di kepala.
* Bersikap sensitif.
* Mempunyai pemikiran yang aktif (sentiasa berfikir).
* Sukar melakukan sesuatu dengan segera.
* Bersikap suka menangguh-nangguh.
* Bersikap terlalu memilih & mahukan yang terbaik.
* Cepat marah & cepat sejuk.
* Suka bercakap & berdebat.
* Suka buat lawak & bergurau.
* Otaknya cerdas berangan-angan.
* Mudah berkawan & pandai berkawan.
* orang yang sangat tertib.
* Pandai mempamerkan sikap.
* Mudah kecil hati.
* Mudah kena selsema.
* Suka berkemas.
* Cepat rasa bosan.
* Sikap terlalu memilih & cerewet.
* Kurang mempamerkan perasaan.
* Lambat untuk sembuh apabila terluka hati.
* Suka pada barang yang berjenama.
* Mudah menjadi eksekutif.
* Kedegilan yang tidak terkawal.
* Sesiapa yang memuji, dianggap musuh. Siapa yang menegur dianggap kawan.

Rahsia Bulan dan KelahiranBerikut disenaraikan kajian mengenai bulan dan sikap anda, yang telah dijalankan olehYang Berbahagia Dato' Dr. Fadzilah Kamsah.



Sekian,terima kasih.


Mohd Zaidi Bin Mat Deris
Biro Sebaran AM & IT

Tuesday, June 22, 2010

Pelantikan Juruaudit Dalaman PPJBTD

Assalamulaikum...

Dato'/Datin/Tuan/Puan

Untuk makluman bahawa 2 orang Pemeriksa Kira-kira PPJBTD telah dilantik berkuat kuasa serta merta bagi sesi 2010 - 2012

1) SHAMILA BINTI ABD RAZAK No
24 Jln Bakti 1 /KU4

2) SITI NOORAINI BINTI ISMAIL
No 22 Jln Bakti 1/KU4


FASAL 12 PEMERIKSA KIRA-KIRA

(1) Dua orang yang bukannya pegawai Persatuan boleh dilantik di dalam Mesyuarat Agung Tahunan sebagai Pemeriksa Kira-Kira. Mereka akan memegang jawatan selama dua tahun dan boleh dilantik semula.

(2) Pemeriksa Kira-Kira adalah dikehendaki memeriksa kira-kira Persatuan bagi tiap-tiap tahun dan membuat laporan atau pengesahan untuk Mesyuarat Agung Tahunan. Mereka juga dikehendaki pada bila-bila masa oleh Pengerusi mengaudit kira-kira Persatuan bagi mana-mana masa di dalam tempoh perkhidmatan mereka dan membuat laporan kepada Jawatankuasa.


Sekian, terima kasih.


Mohd Zaidi Bin Mat Deris
Biro Sebaran AM & IT

Sunday, June 20, 2010

Peristiwa Pokok Kelapa Kering Hempap Rumah Wak Aye

Assalamulaikum...

Dato'/Datin/Tuan/Puan

Dimaklumkan bahawa belakang rumah Wak Aye ( No.15 Jln Bakti 1/ku4) telah dihempap pokok kelapa pada hari Sabtu( 19/6/10 ) @ pg...lebih kurang 9 pagi dan pada waktu itu saya sendiri telah mendengar detuman yang sangat kuat dan bila disiasat didapati pokok kelapa kering telah tumbang meghempap belakang rumah( dapur ) wak Aye... ini kira dah dua kali berlaku pada rumah wak aye... dianggarkan kos baikpulih rumah tersebut sebanyak RM 2xxx lebih..

Ekoran itu, diharap kepada penduduk/Ahli sering memantau pokok kelapa berhampiran rumah sebelum terjadinya kes yang sama dan sila maklumkan kepada AJK PPJBTD utk tindakan selanjutnya.

Sekian, terima kasih.


Mohd Zaidi Bin Mat Deris
Biro Sebaran AM & IT

Monday, June 14, 2010

Perasmian Penutup & Penyampaian hadiah Bg Karnival Keluarga Kg. Batu 3, Jln Kapar , Klang

Perasmian Penutup & Penyampaian Hadiah
Tarikh : 13 Jun 2010 ( Ahad )
Masa : 2.00 - 4.30 ptg : Perasmian Penutup & Penyampaian hadiah oleh:

a ) YAB Tan Sri Dato’ Sri Abd Khalid B. Ibrahim- Menteri Besar Selangor.
b ) YB Tuan Teng Chang Kim- Speaker DUN Selangor /ADUN Sg. Pinang




























Sesi bergambar bersama Menteri Besar dengan JKKK Kg Batu 3, Peg. & AJK Masjid Jamiul Hasaniah , Peg. & AJK Surau Hj.Ma'asom ,Peg. & AJK Persatuan( Tmn Sri Kapar, Tmn Sri Klang, Tmn Pinang Raja & Tmn Dagang )
























Sesi bergambar bersama Menteri Besar Selangor dgn Blogger










4.30 - 5.00 ptg :
Solat Asyar Berjemaah5.00 - 5.30 Ptg : Minum Petang & Bersurai

Sukaneka Keluarga Kg Batu 3, Jln Kapar , Klang

Sepanjang Aktiviti Sukaneka Kg Batu 3 ,Jln Kapar ,Klang

Tarikh : 13 Jun 2010 ( Ahad )
Masa : 8.30 pg - 9.30 pg


Mencari Harta Karun ( Treasure hunt KELUARGA keliling kg )






















9.00 pg - 12.30 thari :
( Sukaneka Keluargaa)

Pancing Ikan Keli di parit ( Tmn Dagang Jln Bakti )























Lumba Basikal Lambat( Kanak-kanak & Dewasa -Lelaki & Perempuan) -
( Taman Dagang Jln Bakti )

























* Acara Memancing & Lumba Basikal Lambat mendapat sambutan yang amat luar biasa & suasana di Tmn Dagang menjadi riuh rendah dengan lambakan org kg & Penduduk tmn...


Sekian,terima kasih.


Mohd Zaidi Bin Mat Deris
Biro Sebaran AM & IT

Sunday, June 13, 2010

Forum Perdana Ehwal Islam Kg Batu 3, Jln Kapar ,Klang

Assalamualaikum...

Aktiviti sepanjang Karnival Hari Keluarga Kg Batu 3 , Jln Kapar
Tarikh : 12 Jun 2010( Sabtu )
Masa : 9.30mlm - 11.30mlm


Forum Perdana Ehwal Islam Kg Bt.3 Jln Kapar ,Klang
Ahli Panel : 1 ) Dato' Hj Kamaruddin B. Hj. Zakaria
Mantan Imam Masjid Negara
2 ) Utz. Hj. Roslan B.Mohamad
Pensyarah Kanan - Univ Malaya

Pengerusi Forum : Utz. Hj. Abd. Halem Hafiz B.Hj Salihin( Timb. Setiausaha MAIS Nazir Masjid Jamiul Hasaniah )

Sekitar Forum Perdana yang diadakan di perkarangan Surau Hj. Ma'asum


















Penyertaan Penduduk Kg.Batu 3 & Penduduk Tamam amat mengalakan walaupun hujan turun tidak membataskan
niat utk menghadiri Forum Perdana tersebut....



Kehadiran : Anggaran 250 org



Sekian, Terima Kasih.


Mohd Zaidi Bin Mat Deris
Ketua Biro Sebaran AM & IT

Friday, June 11, 2010

Badan Khairat Kematian Masjid Jamuil Hasaniah, Bt 3 ,Jln Kapr ,42100 Klang ,Selangor


Badan Khairat Kematian

Tujuan
Ditubuhkan bg tujuan membantu meringankan urusan pengurusan mayat bagi ahli/tanggungan yang ditimpa musibah kematian.

Keahlian
Terbuka kepada penduduk Islam Kariah Masjid Jamiul Hasaniah,Kg.Batu 3, Jln Kapar.

Yuran
RM 3.00 satu bulan dan RM 10.00 utk pendaftaran. ( Ahli-ahli diminta membayar terus RM 36.00 utk memudahkan pengurusan kutipan yuran )

Bantuan
Bantuan hanya diberikan apabila berlaku kematian dengan kadar segera
Ahli ( Suami /Isteri ) - RM 500.00
Tanggungan( Ibu/bapa/Mertua/ anak bawah 18 tahun - RM 400.00

Pengurusan Jenazah
Badan akan mengusahakan bantuan perkhidmatan pengurusan jenazah dengan bayaran RM 350.00. Bayaran akan ditolak daripada wang bantuan yang diberikan kepada ahli/waris.

Perkhidmatan Van Jenazah
Badan akan menyediakan perkhidmatan van jenazah dengan kadar sewa yang ditetapkan mengikut jarak/kawasan/tempat di mana jenazah hendak dihantar. Perkhidmatan terbuka kepada semua.

Kaedah Pemakluman Kematian
Bila berlaku kematian, ahli/waris hendaklah memaklumkan perkara tersebut dengan segera kepada wakil kawasan atau Pengerusi/ Setiausaha. Arahan atau nasihat yang diberikan hendaklah dipatuhi.

Ahli Jawatankuasa
Pengerusi : Tn. Hj. Lias Bin Hj.Tasman ( 012-3197194 )
Setiausaha : En. Abdul Malek Bin Salleh ( 019-3947654 )
AJK :
1) Tn. Hj. Hassan Bin Dahlan ( Kawasan Tengah)
2) Tn. Hj. Jamri Bin Ali ( Lorong Haji Salam )
3) En. Mohd Amid Bin Hj. Basiran ( Jalan Bakti )
4) En. Shamsuddin Bin Long Ali ( Jln Kereta Lama )
5) En. Mustiar Bin Idris ( Lorong Balai Raya) & ( Jalan Hj.Sirat )
6) Pn. Saamah Bt. Saad ( Lrg Datuk Rahman )


* Bagi kebaikan bersama dan memastikan kesempurnaan pengurusan jenazah, semua penduduk Islam di Kariah Masjid Jamiul Hasaniah adalah disyorkan menjadi Ahli Badan Khairat ini. Bersama-samalah kita bekerjasama meringankan beban tangungan ahli/waris dan meningkatkan ukhuwah di kalangan kita.

Badan ini tidak mengenepikan hak bukan ahli, sebaliknya akan terus memenuhi tuntutan fardhu kifayah berkaitan pengurusan jenazah.



sekian, terima kasih.


Mohd Zaidi Bin Mat Deris
Setiausaha & Ketua Biro Sebaran AM & IT

Thursday, June 10, 2010

Futsal Anjuran JKKK BT.3

Assalamualaikum...

Dato'/Datin/Tuan/Puan

Dimaklumkan bahawa PPJBTD telah menghantar 2 team Futsal bagi mewakili Taman Dagang & diharap kepda Ahli2 & Penduduk Tmn Dagang dapat memberi sokong penuh kepada team Futsal tersebut. Perlawanan tersebut di anjurkan oleh JKKK Kg. Batu 3 yang akan diadakan pada :


Peringkat Saringan
Tarikh : 11 Jun 2010 ( Jumaat mlm sabtu)
Masa : 8:30mlm

Peringkat Akhir
Tarikh : 12 Jun 2010 ( Sabtu )
Masa : 2:30ptg


Sekian,terima kasih


Mohd Zaidi B.Mat Deris
Setiausaha & Ketua Biro Sebaran AM & IT

Wednesday, June 9, 2010

Update R.O.S

Assalamulaikum...

Dato'/Datin/Tuan/Puan

8 Jun 2010 :Update dari pihak R.O.S
Dimaklumkan bahawa pihak R.O.S ada menghubungi Tn Pengerusi( En Arsad ) memberitahu ada sedikit perubahan nama bagi Pertubuhan Persatuan disebabkan pihak R.O.S menerima terlalu banyak Taman Dagang..justeru pihak R.O.S telah memberikan nama baru bagi Pertubuhan iaitu;

"PERSATUAN PENDUDUK JALAN BAKTI TAMAN DAGANG ,RANTAU PANJANG ,KLANG ,SELANGOR".




Mohd Zaidi B.Mat Deris
Setiausaha & Ketua Biro Sebaran AM & IT

Saturday, June 5, 2010

Karnival Hari Keluarga Kampung Batu.3 , Jln Kapar ,Klang

Assalamualaikum...

Dato'/Datin/Tuan/Puan

Di maklumkan bahawa Satu Karnival " Hari Keluarga Kampung Batu 3, Jalan Kapar ,Klang Anjuran oleh JAWATANKUASA KEMAJUAN DAN KESELAMATAN KAMPUNG(JKKK ),Kampung Batu 3,Jalan Kapar, 42100 Klang, Selangor akan diadakan pada :

Tarikh : 12 Jun 2010 ( Sabtu ) -Hari Pertama

* 8.00 Pagi - 11 pagi:-
- Pendaftaran Peserta( Ahli Keluarga Kg.Bt.3 )
- Solat Dhuha
- Perasmian oleh : YB Puan Rodziah Bt. Ismail /Tuan Pegawia Daerah Klang.
- Ceramah Pengurusan Jenazah
- Tempat : Masjid Jamiul Hasaniah, Bt.3, Jln Kapr,Klang.

* 11.00 - 11.30pagi:- Rehat
* 11.30 - 1.00 t.hari
- Seminar & Ceramah Kekeluargaan
* ( Pembentangan Kertas Kerja " KELUARGA TERAS KEKUATAN MASYARAKAT" )
* Pembentagan Kertas Kerja & Penceramah : Prof.Daro' Dr.Sidek B. Baba UIAM

* 1.00 Pagi - 2.00 Petang:-
- Makan Tengahari & Solat Zohor Berjemaah.
* 2.30 ptg - 6.30ptg:- Sukan & Sukaneka ( Surau Hj.Ma'asom & Gelanggang Futsal Jln Bakti )
* FUTSAL LELAKI ( Dewasa & Remaja Lelaki ) Pusingan Awal
* Pertandingan Memasak & Busana Muslim & Muslimah ( Wanita & Remaja Lelaki & Perempuan)

* 4.15- 4.45ptg:- Rehat Solat Asyar Berjemaah
* 7.15 mlm - 8.30 mlm : ( Surau Hj. Ma'asom Jln Bakti )
- Solat Maghrib berjemaah & Makan Malan - ( KENDURI RAKYAT KG.BT.3"

* 8.30 mlm - 9.00 mlm : Solat Isya'
* 9.30 mlm - 11.30 mlm :
- Forum Perdana Ehwal Islam
* Pengerusi : Utz Hj.Abd.Halim Hapiz B. Salihin - Nadzir Masjid.
* Ahli Panel : 1. Prof Dato Hj Harun B. Hj Din
2. Ustaz Roslan B. Mohamad - Univ Malaya.

11.30 mlm - 12.00 mlm : Jamuan Makan tetamu dan Bersurai.


TARIKH : 13 JUN 2010( AHAD ) -HARI KEDUA( Surau Hj.Ma'asom & Jln Bakti )

6.00 pg - 7.15 pg : Solat Subuh & Kuliah Subuh
7.30 pg : Perhimpunan pagi & Riadah
8.00 pg : Sarapan pagi
8.30 pg - 9.30 pg : Mencari Harta Karun ( Treasure hunt KELUARGA keliling kg )
9.00 pg - 12.30 thari : Sukaneka Keluarga
a) Pancing Ikan Keli di parit ( Tmn Dagang Jln Bakti )
b) Demonstrasi Memasak ( pastri & Westerm) Surau Hj Ma'asom
c) Pertandingan Mewarna kanak-kanak -Surau Hj Ma'asom
d) Pertandingan FUTSAL -Remaja Lelaki.
( Gelanggang FUTSAL jln Bakti )
e) Lumba Basikal Lambat
( Kanak-kanak & Dewasa -Lelaki & Perempuan) - Taman Dagang

12.30 -1.30 t.hari : REHAT & Makan Tengahari.
1.20 - 2.00 ptg : Solat Zohor Berjemaah.

2.00 - 4.30 ptg : Perasmian Penutup & Penyampian hadiah oleh:-

a ) YAB Tan Sri Dato’ Sri Abd Khalid B. Ibrahim
- Menteri Besar Selangor.

b ) YB Tuan Teng Chang Kim
- Speaker DUN Selangor /ADUN Sg. Pinang


4.30 - 5.00 ptg : Solat Asyar Berjemaah
5.00 - 5.30 Ptg : Minum Petang & Bersurai.


TARIKH : 19 JUN 2010 ( AHAD ) - Hari Ketiga ( Qiamullail )
( Masjid Jamiul Hasaniah )

3.00 pg : Persiapan Keluarga.
4.00 pg : Qiamullail & Munajat di pimpin oleh : Dr Badrul Amin
6.00 pg : Solat Subuh Berjemaah & Kuliah Subuh
8.00 pg : Sarapan pagi & Bersurai.






Sekian, terima kasih.

Mohd Zaidi B. Mat Deris
Setiausaha & Ketua Biro Sebaran AM & IT