Monday, May 24, 2010

Badan Kebajikan PPTDJB

Jawatankuasa telah bermesyuarat pada 14 May 2010 Kali ke- 2 dan telah memutuskan utk memberi sumbangan seperti berikut :

SUMBANGAN KEBAJIKAN PPTDJB

I)KEMATIAN
-Suami /Isteri -RM 300.00
-Ahli Keluarga ( Anak ) -RM 200.00
-Ibubapa / Ibubapa Mertua -RM 100.00

•Khairat kematian juga akan didaftarkan di bawah Masjid Qariah Masjid Jamiul Hasaniah Batu 3 Jalan Kapar, 42100 Klang ,Selangor yang akan diuruskan oleh AJK/Biro Kebajikan & Agama ( En Mustaqim Bin Ibrahim ) – Bayaran Khas.


II)KELAHIRAN
- Anak Pertama hingga Anak Ketiga -RM 50.00( Hamper )


III)SAKIT KRITIKAL
- Masuk Wad/Hospital melebihi 3 hari -RM 100.00


IV)PENDIDIKAN( Kecemerlangan )
- UPSR ( RM 100.00 )
- PMR ( RM 150.00 )
- SPM/SPMV ( RM 200.00 )

•Kecemerlangan dengan semua mata pelajaran yang diambil ( A PENUH )


V)KENDURI –KENDARA ( Perkahwinan)
- Anak Pertama hingga Anak Ketiga -RM 400.00

•Berkuatkuasa pada tahun 2011 memandangkan kewangan PPTDJB masih belum kukuh.



Sekian, Terima Kasih

Mohd Zaidi B.Mat Deris
Setiausaha & Ketua Biro Sebaran AM & IT PPTDJB

Monday, May 10, 2010

Majlis Suaikenal Khas PPTDJB

MAJLIS SUAIKENAL KHAS PERSATUAN PENDUDUK TAMAN DAGANG JLN BAKTI KALI KE-1

TARIKH : 28 MARCH 2010 ( AHAD )
MASA : 9.45 PAGI
TEMPAT : JLN BAKTI 1/KU4

ATURCARA MAJLIS
9: 45Pagi Ketibaan VIP & Penduduk Taman
10:00Pagi Ucapan Pengerusi Majlis
10:10Pagi Bacaan Doa
10:20Pagi Ucapan Ketua Kampung BT 3 Justeru merasmikan PPTDJB buat Julung2 kalinya
10:30Pagi Ucapan Pengerusi PPTD – JB 2010
10:40Pagi Jamuan Sarapan Pagi
10:50Pagi Mesyuarat Bermula

AGENDA MESYUARAT
1.Membentangkan Minit Mesyuarat Penubuhan ( PPTDJB )
2.Mengesahkan Minit Mesyuarat Penubuhan ( PPTDJB )
3.Membentangkan Sumbangan Penduduk bagi Majlis Suaikenal Khas PPTDJB pd 28/3/10.
4.Mengesahkan Sumbangan Penduduk bagi Majlis Suaikenal Khas PPTDJB pd 28/3/10.
5.Membincangkan Perkara-Perkara Berbangkit :-
a.Yuran Keahlian & Bulanan PPTDJB
b.Lain –Lain

6.Ucapan Penangguhan

7.Jamuan Makan Tengahari

12:45Tgh Majlis Bersurai

Saturday, May 1, 2010

Mesyuarat Penubuhan PPTDJB

Satu Mesyuarat Penubuhan telah diadakan bagi tujuan utk menubuhkan Persatuan Penduduk yang diadakan pada :

Tarikh: 28/02/2010
Masa : 0930 Pagi
Tempat : No. 24 Jln Bakti 1/KU4 ,Taman Dagang
Kehadiran : 25 Orang

Agenda :
Perbincangan diadakan berdasarkan agenda dibawah :

1.Menubuhkan Pertubuhan
2.Meluluskan Nama dan Alamat Penubuhan
3.Meluluskan Undang-Undang ( Perlembagaan ) Pertubuhan
4.Pelantikan Ahli Jawatankuasa Penubuhan

MELULUSKAN NAMA DAN ALAMAT PENUBUHAN
Mesyuarat telah membincangkan tentang nama penubuhan dan bersetuju dengan sebulat dengan nama : “ PERSATUAN PENDUDUK TAMAN DAGANG JALAN BAKTI,RANTAU PANJANG ,KLANG ,SELANGOR” dan alamatnya ialah di No.8 Jln Bakti 1/Ku4, Taman Dagang , Rantau Panjang, 42100 Klang,Selangor.


MELULUSKAN UNDANG-UNDANG( PERLEMBAGAAN ) PERTUBUHAN
Mesyuarat juga telah membincangkan perlembagaan pertubuhan dan dengan sedikit pindaan, perlembagaan telah diluluskan oleh semua yang hadir.


PELANTIKAN AHLI JAWATANKUASA PENUBUHAN
Bagi sesi Pelantikan Ahli Jawatankuasa Penubuhan telah berjalan dengan lancar dan semua yang hadir telah sebulat suara melantik nama-nama seperti dibawah.

Ahli –ahli seperti berikut telah dipilih :

Pengerusi
En. Mohamad Arsad Bin Mat Yusof

Timbalan Pengerusi
En. Amirsham Bin Md Sha’ban

Setiausaha
En. Mohd Zaidi Bin Mat Deris

Bendahari
En. Ady Harry Adha Bin Abd. Waha

AJK Biasa
a) En. Ahmad Mustaqim Bin Ibrahim
b) En.Mohd Asri Bin Latif
c) En. Raziz Bin Suhali
d) En. M.Amzani Hamdan
e) En. Rosni Bin Chaki@ Marzuki
f ) En. Ariffin Bin Ismail
g) En. Wazir Bin Ismail


Majlis juga telah besetuju akan mendaftarkan pertubuhan ini dengan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan. Tugas bagi pendaftaran ini akan dilakukan oleh Jawatankuasa untuk menguruskannya.


PENUTUP
Mesyuarat telah ditamatkan pada jam 1230tgh.